Khamis, 18 Ogos 2011

PANTUN Mat Remp-it

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Beli motor bapak bayar,
Minyak motor emak isi.

Kalau ada semur di ladang,
Boleh hamba menumpang madi;
Jangan diharap kami kan pulang,
Selagi ada minyak di tangki.

Apa diharap padi seberang,
Entahkan masak entahkan tidak;
Menjelang pagi tak juga pulang,
Entahkan hidup entahkan tidak

Rama-rama cantik,
Ikan keli panjang;
Depan ada plis trafik,
Divider jalan kami seberang

gendang gendut ,
tali kecapi;
Eksiden pecah perut,
Tak sempat taubat sudah pun mati.

Kajang Pak Malau Kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu;
Rempit kami tak kira tempat
Rempit kami tak kira had laju

Dua tiga kucing berlari,
Mana sama si kucing belang;
Dua tiga boleh ku cari,
Mana sama minah rempit ku sorang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan