Aku mat rempit sejati,
Naik motor kapcai itupun aku curi,
Lesen tiada cukai jalan pun mati,
Tak takut polis apatah lagi Perdana Menteri,
Malam sabtu pergi ke jeti,
Bawak bohsia pergi ke mari,
Buat wekang jatuh tepi perigi,
Pacak lagilah aku tak reti,
Tapi tidak mengapa aku boleh belajar lagi,
Sampai aku dapat ‘PHD’,
Parut satu badan buat koleksi,
Menandakan aku rempit sejati,
Koleksi parut sudah pun ku penuhi,
Tiada tempat untuk parutku lagi,
Menandatakan aku sudah pergi,
Menyesal lagi dan lagi,
Tiada guna kerana aku sudah mati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan